Assalamualikum w.b.t
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang…..
Ini kali kedua saya belajar untuk mem ‘post’ kan tulisan dalam blog. walaupun tak berapa nak reti tapi sikit-sikit belajar, lama-lama ok la….hehe. Sekurang-kurangya dapat saya berkongsi sedikit ilmu ataupun pengalaman kat sini yang mungkin boleh dijadikan panduan buat semua. Saya percaya bahawa setiap orang mempunyai bakat tulisan yang berbeza-beza. Ada yang mampu menyentuh hati hingga berderai air mata, ada juga yang mampu mentertawa dan menghiburkan seseorang melalui tulisannya….ada juga yang mampu menaikkan kemarahan seseorang. Tapi saya berharap diri saya bukanlah golongan yang ketiga tu.
Ketika saya terfikir nak tulis blog ni, saya baru sahaja melawat laman web islami yang mempunyai pelbagai artikel yang boleh dijadikan panduan terutamanya pada orang yang bergelar remaja seperti saya…ya, remaja…(remaja lagikah aku ni?hehe….perasan betul). Dewasa dah pun sebenarnya. Tapi jiwa remaja tu masih ada. Memandangkan baru-baru ni saya selalu diajukan soalan yang berkaitan soal hati bila sembang dengan kawan-kawan atau adik-adik, apa lagi kalau bukan CINTA. Ada yang kata saya ni macam dah berpunya, ada juga yang kata saya ni ‘single’ lagi kot. Tapi apa pun tafsiran mereka, biarlah saya dengan prinsip saya. Takut pun ada kalau nak cerita bab cinta ni, bukan apa silap hari bulan boleh disalah tafsir oleh sesetengah orang.
Perasaan cinta yang wujud dalam hati seseorang tu kadang-kadang hanya disebabkan nafsu. Boleh jadi sebab orang tu cun atau hensem, sebab tu kita pilihnya. Boleh jadi juga sebab harta. Ada kereta besar, anak orang kaya pulak tu. Boleh jadi juga sebab kita rasa sunyi, ingin berteman. Tapi sedarkah kita bahawa itu semua adalah permainan SYAITAN yang mengaburi mata anak-anak ADAM dengan duniawi. Apatah lagi jika kita bercinta hanya untuk berserononk-seronok tanpa ada niat untuk menjadikannya isteri atau suami. Bagi saya, saya percaya dan yakin bahawa Allah S.W.T telah menetap 3 perkara untuk kita yang tertulis di ‘Loh Mahfuz’ sana iaitu ajal, jodoh dan rezeki.
Bila ada yang bertanya, ‘kak, dah ada couple ke?’. Lama juga terdiam nak menjawab soalan budak seorang ni. Terus terang saya katakan ‘belum’. ‘Tapi awat nampak macam dah berpunya ja?…hehe’. Soalan diajukan juga saya jawab. Huh, penat nak melayan budak-budak ni. Saya tahu kadang-kadang orang menilai seseorang hanya pada luaran, pada pakaian yang dipakainya, pada perwatakan yang dipamerkannya dan macam-macam lagi. Walaupun saya bukanlah berpakaian seperti seorang ustazah mahupun berperwatakan alim, namun soal couple-bercouple ni saya rasa naik seram bulu roma. Bukan apa, saya terfikir macam mana kalau couple kita itu bukan suami atau isteri kita kelak?????apakah tidak kasihan pada orang yang menjadi suami atau isteri sebenar kita nanti. Fikirkanlah….
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26). Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk meletakkan kita di tahap yang mana satu. Baik atau jahatkah aku??Anda sendiri yang tentukan….Ini peringatan buat diri ini juga yang kadang-kadang lalai dan alpa dengan kehidupan. Jagalah hati kita sebaiknya kerana jodoh bagi hati adalah hati. Peringatan buat diri juga…..Sekian.
No comments:
Post a Comment