Monday, January 31, 2011

Praktikum : 01.02.2011 (Selasa)

Ok, hari ni second day. Satu lagi budaya di sekolah yang perlu diamalkan. Balik sekolah kena on time. Al-kisahnya ketika bermula ketika berada di pusat sumber sekolah. Mana taknya, bilik guru memang tidak mencukupi, jadi kami kena cari inisiatif lain untuk dijadikan port. Biasa lah, guru pelatih yang rajin macam aku ni memang memerlukan ruang yang besor nak letak abm-abm kan.(hik5..rajin ke). Tengah sedap-sedap isi buku rph, tiba-tiba rasa gelap semacam je. Eh, Kenapa pulak ni?ingatkan dah tak ada elektrik, rupanya sebab cikgu dah tutup pintu pusat sumber. Lalu aku pun tanya, ‘Akak, pusat sumber memang tutup awal ke?’. Kata akak tu ‘ye dik, sini memang balik on time. Maklumlah petang nak datang kelas tambahan pulak.’ Sambil senyum-senyum akak tu balas. 

Bila dah keluar dari pusat sumber tu, memang cerah dah sekolah. Bukan murid saja balik, cikgu-cikgu pun dah balik. ‘sini memang balik awal dik, faham-faham je la. Pintu semua kena kunci’. Sapa cikgu yang sorang ni.
Ok, sangat berbeza dengan sekolah praktikum yang sebelum ni. Kalau sebelum ni guru tak dibenarkan pulang sebelum pukul 2. Tapi sekarang???seronok jugak.....tapi ada pro dan kontranya bagi aku guru pelatih. Apa-apa pun aku cuba sesuaikan diri. Masuk kandang lembu mengemboh...masuk kandang kambing mengembekkk.....hehehe. sama la dengan diri ni, mana-mana pun berada, I try to adapt myself. Insyaallah.....
be on time!

Praktikum : 31.01.2011 (Isnin)

Hari pertama praktikum aku kat SK Kota Lama Kanan seperti biasa prosedurnya. Jumpa dengan Guru Besar, menghadiri perhimpunan dan sedikit taklimat atau sembang-sembang dengan GB. Pandangan pertama mengenai sekolah ni pada hari pertama
  • · Murid sedikit dalam lingkungan 270
  • · GB agak tegas
  • · Cikgu-cikgu sempoi jugak
  • · Sekolah kampung
  • · G.pembimbing mmg tegas tp baik sangat..nice
  • · Takut jgk la..(he5)
Apa taknya, ari pertama pergi ke sekolah dah kena tegur dengan GB pasal sifat lalai. Sebabnya, salah seorang partner ni terlupa nak bawa surat pengenalan diri. Mula-mula memang agak malu la sebab first impression GB pada kami guru pelatih dah down. Lepas tu kami kena test lagi, kali ni pasal pengetahuan sains pulak. Apakah unsur yang aktif dalam susunan periodic table??Ha...amacam..terkebil-kebil kami menjawabnya. Sebab tu la aku rasa GB ni memang tegas.
Tapi selepas beberapa jam berada di sekolah ni, berlakulah sesuatu yang agak melucukan. Mula dari kejadian itulah mind setting dh berubah. GB yang tadinya tegas menjadi seorang yang sangat ramah. Kata orang tu ala-ala sempoi. Apa-apa pun, harapan aku moga praktikum kali ni lebih baik dari yang sebelumnya walaupun hanya di sekolah kampung. Ameen...

Inilah dia Guru Besar SK Kota Lama Kanan......

Monday, January 24, 2011

CANTIK LUAR, CANTIK DALAM....CANTIK DENGAR SINI!

Assalamualaikum...

okeh....entry kali ni kita nak bercakap soal cantik....bila cakap tentang cantik, apa yang ada dalam fikiran???hmmm...kalau saya, cantik tu cun, indah dipandang, menawan, commey lotey, segak. Pendek kata semua yang baik-baik dan indah belaka la. Dan kalau kita bercakap soal cantik juga, ianya memang amat sinonim dengan perempuan. Hmmm....i'm the girl as known as PEREMPUAN. Tapi adakah aku cantik???adakah anda pula rasa anda cantik????Haaa...jawapannya ada pada diri kita sendiri!
agak cantik....tp..


kalau macam ni, lagi cantik... :-)



Mungkin sesetengah dari kita kaum hawa merasakan ada kekurangan pada dirinya. Apatah lagi kalau merasakan 'Aku tidak cantik'. Kulit pun hitam, muka pula tak cun mana pun, pendek pulak tu. Dah la pendek, gemuk pulak. Hehehe, apalah nasib. Kadang-kadang pernah la jugak terfikir macam tu. Biasa la, manusia. Fikiran ni kalau tak dikawal, memang semua negatif je yang nampak. Tapi ada sesuatu yang kita tak tahu.

1. Adakah semua orang cantik itu berkahwin?
2. Adakah semua orang cantik itu bahagia?
3. Adakah semua orang cantik itu tenang?
4. Adakah semua orang cantik itu aman damai hidupnya?

Sudah tentu jawapannya tidak semestinya kan. Lumrahnya, semua orang suka pada kecantikan. tapi itu bukanlah aset utama yang kita boleh jadikan modal untuk kita bahagia, tenang dan aman damai hidup. Cantik luaran itu perlu dan penting, tapi janganlah terlalu dipentingkan. Apa yang utama adalah kecantikan dalaman seseorang itu. Kadang-kadang kita tengok orang tu cantik gilerr, cair lelaki tengok. Tapi dengan asbab dalaman yang tak cantik, boleh naik menyampah tengok!betul tak??

Kita semua ni makhluk lukisan Allah s.w.t. Semua ciptaan Allah adalah cantik belaka termasuk la kita. Seelok-eloknya kita bersyukur dengan apa yang dah dikurnia-Nya. Pandang sesuatu dengan positif. Katakan dalam diri...

1. Walaupun aku hitam, tapi aku manis
2. Walaupun aku gemuk, tapi aku comel
3. Walaupun aku pendek, tapi aku cute
4. walaupun aku............., tapi aku..........
Dan seterusnya...........

Ha....bukan untuk meninggi diri, tapi untuk kembalikan keyakinan diri. Bersyukurlah apa adanya kita kerna semua itu hanyalah pandangan manusia. Apa yang lebih penting adalah pandangan Allah, itulah cantik dalaman.

Dikongsikan di bawah ni sebuah cerita......

Al-Ahnaf Bin Qais merupakan salah seorang ulama yg terkenal di zamannya. Suatu hari seorang pemuda dari suku kaum Tai’yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak-anak murid dan sahabat handainya. Mereka yg datang itu adalah utk tujuan belajar dan menuntut ilmu dari beliau. Bagaimanapun, kedatangan pemuda dari suku Tai’yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf.

Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan, berbeza dari pemuda yg sebaya dengannya. Lalu Ahnaf pun bertanya, “Wahai anak muda! Adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”

Jawab pemuda tersebut, “Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika saya bercakap saya tidak pernah bercakap bohong. Kalau ada orang yg sedang bercakap, saya hanya duduk diam dan mendengar. Jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu, dan jika saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan mengkhianatinya.”

Mendengar jawapan yg benas itu, maka berkatalah Al-Ahnaf, “Benar kata-katamu itu wahai anak muda. Sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak yg mulia”. (Anis/Jun2002/11)

Allah tidak memandang harta, rupamu tetapi Allah memandang hatimu. wallahu'alam..

Wednesday, January 12, 2011

Menghargai dan Dihargai


Satu pagi..........

Aku : Mak,lepas widah bawak mak pi klinik widah nak pi cari keja sat. Dok kat rumah pun tak buat apa-apa. Baik widah keja, boleh la jugak buat belanja awal semester ni sementara elaun nak masuk.

Mak : Nak cari keja apa? Tok sah la dok keja, dok masak kat rumah bagi mak ayah makan pun takpa dah.

Aku : Ala mak, segan la nak mintak duit slalu kat ayah. Nanti nak pakai duit banyak, malam-malam widah boleh ja masak.Lagipun asyik makan pastu tengok TV ja mak, nanti lama-lama gemuk . Tak mau...

Mak : Hmm....ada ka orang nak ambik keja ni? Sebulan lebih ja lagi cuti.

 Aku : Xpa, widah nak cari dulu..kalau dapat, keja la.kalau tak dapat nak buat macam mana, dok rumah masak kat mak je la

Mak : Hmm...ikutlah, macam mana pun. Jangan dok pi cari keja yang bukan-bukan dh la...bukan tak tau, keja la ni macam-macam...Nak suruh pakai ketat-ketat, bukak tudung..dah besaq dah, pikiaq la yang mana yang baik...

Alhamdulillah.....akhirnya, dapat juga pujuk mak nak cari kerja. Pagi esoknya, hantar mak pergi klinik sebabnya tangan mak tu terseliuh. Biasa la, bila berumur ni macam-macam jadi. Sayang sangat mak kat ayam dengan burung puyuh tu. Akibatnya, jatuh dalam reban ayam masa bagi makan ayam.hehehe. lawak pun ada.

Lepas bawa mak ke klinik, apa lagi niatnya nak cari keja la. Tiba-tiba mak cakap nak ikut juga. Isk, mula-mula macam pelik jugak. Tapi, bawak je la. Mak setia teman,macam assistant pulak.hehehe. Bagi pendapat, kritik pun ada.Takpa lah mak, asalkan mak bahagia. Cari-punya cari akhirnya dapat juga. Kerjanya jadi cikgu tadika. Boleh tahan jugak la sebab memang kena dengan profesion aku. Alhamdulillah, lepas berbincang dan temuduga pendek aku diminta datang kerja esok hari. Mak pun lega, sebab dapat kerja yang agak ok. Tapi yang paling seronok pergi cari kerja dengan mak.

Ha...berdasarkan cerita kat atas tu, ada nampak tak apa yang nak dikaitkan dengan dihargai dan menghargai ni?Apa!blum nampak?ok, xpe.....mari sini nak cerita.
Lepas sebulan aku kerja,mula terfikir balik. Macam mana aku dapat semangat nak kerja ni? Dan konklusi yang dapat macam-macam. Dan antara yang terharu ialah sifat mak yang sedia memberi semangat. Sekarang, bila dah berada jauh dari mak baru terfikir. Rasa dihargai oleh seorang yang bergelar ibu apabila ibu sedia untuk berada disisi walau dalam keadaan susah dan senang. Terima Kasih MAK!

Menghargai dan dihargai. Dua perkataan yang bunyinya hampir sama tetapi maksudya yang terlalu berbeza. Pernahkah anda rasa dihargai??pernahkah pula anda menghargai??ermm....pada sesetengah orang itu perkara biasa, tapi perlu diingat bahawa sifat menghargai dan dihargai inilah yang menjadikan kehidupan seseorang itu lebih bahagia dan bermakna..

Dalam kehidupan ni macam-macam orang yang akan kita jumpa. Ada yang faham erti menghargai dan ada yang kurang faham. Apa pun tafsirannya, bila kita membuatkan hati seseorang itu bahagia dan merasa terharu dengan sikap kita itulah yang diertikan sebagai menghargai. Ucapan Terima Kasih....Thank You...itu hanyalah dua perkataan yang dilihat ringkas namun jika kita luahkan dengan hati yang ikhlas, nescaya ia menjadi ayat keramat yang mampu menggembirakan orang yang mebuatkan kita senang atau membantu kita.

Dalam konteks bersahabat, bagaimana pula?ok, katakan disini..kita mempuyai masalah. Pada siapa lagi kita akan mengadu jika bukan pada sahabat. Apa salahnya jika meluangkan sedikit masa untuk kita mendegar masalah yang dilalui oleh sahabat.Bukankah itu dapat mengurangkan bebanan masalah yang ditanggung oleh sahabat kita. Meskipun kita dan sahabat mungkin berbeza fahaman ataupun pembawaan tetapi itu adalah salah satu cara dimana kita dapat membuat sahabat kita dihargai.

Sebenarnya, masih banyak lagi perkara yang kita boleh buat untuk menghargai orang di sekeliling kita. Cuma biarlah kena dengan caranya. Ramai yang tidak menghargai orang di sekeliling terutamanya sahabat yang kita ada. Teringat pula kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah “Beri Sayang untuk mendapat Sayang”. menepati hukum alam iaitu apa yang kita beri itulah yang kita dapat. So, jika kita ingin dihargai, kita yang terlebih dahulu harus memberi penghargaan. Nasihat untuk diri juga...Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...