Wednesday, January 12, 2011

Menghargai dan Dihargai


Satu pagi..........

Aku : Mak,lepas widah bawak mak pi klinik widah nak pi cari keja sat. Dok kat rumah pun tak buat apa-apa. Baik widah keja, boleh la jugak buat belanja awal semester ni sementara elaun nak masuk.

Mak : Nak cari keja apa? Tok sah la dok keja, dok masak kat rumah bagi mak ayah makan pun takpa dah.

Aku : Ala mak, segan la nak mintak duit slalu kat ayah. Nanti nak pakai duit banyak, malam-malam widah boleh ja masak.Lagipun asyik makan pastu tengok TV ja mak, nanti lama-lama gemuk . Tak mau...

Mak : Hmm....ada ka orang nak ambik keja ni? Sebulan lebih ja lagi cuti.

 Aku : Xpa, widah nak cari dulu..kalau dapat, keja la.kalau tak dapat nak buat macam mana, dok rumah masak kat mak je la

Mak : Hmm...ikutlah, macam mana pun. Jangan dok pi cari keja yang bukan-bukan dh la...bukan tak tau, keja la ni macam-macam...Nak suruh pakai ketat-ketat, bukak tudung..dah besaq dah, pikiaq la yang mana yang baik...

Alhamdulillah.....akhirnya, dapat juga pujuk mak nak cari kerja. Pagi esoknya, hantar mak pergi klinik sebabnya tangan mak tu terseliuh. Biasa la, bila berumur ni macam-macam jadi. Sayang sangat mak kat ayam dengan burung puyuh tu. Akibatnya, jatuh dalam reban ayam masa bagi makan ayam.hehehe. lawak pun ada.

Lepas bawa mak ke klinik, apa lagi niatnya nak cari keja la. Tiba-tiba mak cakap nak ikut juga. Isk, mula-mula macam pelik jugak. Tapi, bawak je la. Mak setia teman,macam assistant pulak.hehehe. Bagi pendapat, kritik pun ada.Takpa lah mak, asalkan mak bahagia. Cari-punya cari akhirnya dapat juga. Kerjanya jadi cikgu tadika. Boleh tahan jugak la sebab memang kena dengan profesion aku. Alhamdulillah, lepas berbincang dan temuduga pendek aku diminta datang kerja esok hari. Mak pun lega, sebab dapat kerja yang agak ok. Tapi yang paling seronok pergi cari kerja dengan mak.

Ha...berdasarkan cerita kat atas tu, ada nampak tak apa yang nak dikaitkan dengan dihargai dan menghargai ni?Apa!blum nampak?ok, xpe.....mari sini nak cerita.
Lepas sebulan aku kerja,mula terfikir balik. Macam mana aku dapat semangat nak kerja ni? Dan konklusi yang dapat macam-macam. Dan antara yang terharu ialah sifat mak yang sedia memberi semangat. Sekarang, bila dah berada jauh dari mak baru terfikir. Rasa dihargai oleh seorang yang bergelar ibu apabila ibu sedia untuk berada disisi walau dalam keadaan susah dan senang. Terima Kasih MAK!

Menghargai dan dihargai. Dua perkataan yang bunyinya hampir sama tetapi maksudya yang terlalu berbeza. Pernahkah anda rasa dihargai??pernahkah pula anda menghargai??ermm....pada sesetengah orang itu perkara biasa, tapi perlu diingat bahawa sifat menghargai dan dihargai inilah yang menjadikan kehidupan seseorang itu lebih bahagia dan bermakna..

Dalam kehidupan ni macam-macam orang yang akan kita jumpa. Ada yang faham erti menghargai dan ada yang kurang faham. Apa pun tafsirannya, bila kita membuatkan hati seseorang itu bahagia dan merasa terharu dengan sikap kita itulah yang diertikan sebagai menghargai. Ucapan Terima Kasih....Thank You...itu hanyalah dua perkataan yang dilihat ringkas namun jika kita luahkan dengan hati yang ikhlas, nescaya ia menjadi ayat keramat yang mampu menggembirakan orang yang mebuatkan kita senang atau membantu kita.

Dalam konteks bersahabat, bagaimana pula?ok, katakan disini..kita mempuyai masalah. Pada siapa lagi kita akan mengadu jika bukan pada sahabat. Apa salahnya jika meluangkan sedikit masa untuk kita mendegar masalah yang dilalui oleh sahabat.Bukankah itu dapat mengurangkan bebanan masalah yang ditanggung oleh sahabat kita. Meskipun kita dan sahabat mungkin berbeza fahaman ataupun pembawaan tetapi itu adalah salah satu cara dimana kita dapat membuat sahabat kita dihargai.

Sebenarnya, masih banyak lagi perkara yang kita boleh buat untuk menghargai orang di sekeliling kita. Cuma biarlah kena dengan caranya. Ramai yang tidak menghargai orang di sekeliling terutamanya sahabat yang kita ada. Teringat pula kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah “Beri Sayang untuk mendapat Sayang”. menepati hukum alam iaitu apa yang kita beri itulah yang kita dapat. So, jika kita ingin dihargai, kita yang terlebih dahulu harus memberi penghargaan. Nasihat untuk diri juga...Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...